07 – 55 30308 corporate@utm.my
1.   Setiap permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Reka bentuk Grafik yang boleh didapati di Unit Grafik, Pejabat Hal Ehwal Korporat UTM. Permohonan juga boleh didapati melalui laman web https://osca.utm.my/graphic/our-services/

 

2.   Permohonan mestilah disertakan dengan SOFTCOPY dalam perisian Microsoft Word berserta hardcopy bahan berkenaan.

 

3.   Maklumat pada backdrop pentas perlulah lengkap dan merujuk:

 

1.1. NAMA MAJLIS

2.2. NAMA PERASMI  – Senarai nama perasmi perlu diletakkan pada backdrop adalah

(i)  Pro-Canselor

(ii) NC

(iii) Menteri Senarai nama perasmi di bawah tidak perlu diletakkan pada backdrop (memadai hanya status jawatan)

(i)   Dekan

(ii)  Pendaftar

(iii) Bendahari

(iv) Pengarah-Pengarah

2.3     TARIKH majlis berlangsung

2.4     MASA majlis berlangsung

 

4.   Permohonan juga boleh dibuat dengan menggunakan faks dan penghantaran

e-mail ke Unit Grafik tetapi penggunaan borang permohonan tetap perlu digunakan bagi tujuan rekod.

 

5.   Permohonan reka bentuk grafik hendaklah dihantar ke Unit Grafik, Pejabat Hal EhwalKorporat sekurang-kurangnya 2 (DUA) minggu dari tarikh yang diperlukan/tarikh program berlangsung (Manual Backdrop) dan 3 (tiga) hari bagi e-backdrop.

 

6.   Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan ditandatangani oleh pegawai yang bertanggungjawab sebelum dihantar ke Unit Grafik, Pejabat Hal Ehwal Korporat untuk tujuan kelulusan.

 

7.   Pihak Unit Grafik akan memaklumkan kepada pemohon untuk mengambil artwork (draf 1) untuk tujuan semakan dan pembetulan.

 

8.   Pihak pemohon hendaklah mengembalikan semula artwork tersebut ke Unit Grafik untuk tujuan pembetulan/pindaan (jika ada) sebelum final artwork dikeluarkan bagi tujuan percetakan.

 

9.   Sekiranya tiada sebarang pindaan, pihak pemohon dikehendaki menandatangani berserta cop pengesahan di atas final artwork tersebut dan kembalikan ke Unit Grafik untuk tindakan selanjutnya.

 

10.   Unit Grafik akan menyediakan huruf-huruf bagi ditampal sehari sebelum majlis berlangsung. (Bagi majlis rasmi universiti sahaja). Bagi aktiviti pelajar, unit grafik tidak menyediakan perkhidmatan menampal dan menurunkan huruf. (Jawatankuasa pelajar yang terlibat WAJIB menampal dan menurunkan huruf bagi setiap aktiviti yang dijalankan). Huruf-huruf yang dipinjam dari Unit Grafik WAJIB dipulangkan sebaik aktiviti selesai dijalankan (manual backdrop).