Peraturan Menggunakan Ruang & Peralatan UTM Kuala Lumpur

 

1. Tempahan hendaklah dibuat di Pejabat Hal Ehwal Korporat. Borang tempahan hendaklah sampai ke pejabat berkenaan 4 hari sebelum tarikh penggunaan. Permohonan yang tidak menggunakan borang tidak akan dipertimbangkan.

2. Kunci hendaklah diambil oleh PTJ yang berkenaan di Pejabat Hal Ehwal Korporat sebelum majlis dan hendaklah dipulang dengan kadar segera selepas digunakan.

3. Pengguna yang memasang ‘backdrop’ termasuk apa-apa bentuk hiasan lain yang digunakan hendaklah menanggalkannya sebaik sahaja program tamat. Ini kerana ruang mungkin digunakan oleh pihak lain pada keesokan harinya.

4. Pengguna tidak dibenarkan menampal sebarang kertas di dinding. Untuk makluman majlis pengguna boleh meletakkan pemberitahuan majlis di tempat yang telah disediakan mengikut saiz ”board”.

5. Pengguna adalah bertanggungjawab terhadap kebersihan ruang semasa digunakan terutamanya sisa makanan dengan memastikan pembekal makanan yang berkenaan membersihkan dan membuang sisa makanan tersebut. Tumpahan makanan/ minuman di atas ruang berkarpet hendaklah dilaporkan dengan segera ke Pejabat Hal Ehwal Korporat.

6. Pengguna adalah bertanggungjawab terhadap keselamatan alat/perabot semasa digunakan. Apaapa kerosakan atau kehilangan hendaklah dilaporkan dengan segera ke Pejabat Hal Ehwal Korporat.

7. Semua permohonan PELAJAR hendaklah mendapat kelulusan menjalankan aktiviti daripada Pejabat HEMA terlebih dahulu sebelum dikemukakan kepada pejabat yang berkenaan.

8. Semua PEMBATALAN program hendaklah dimaklumkan ke Hal Ehwal Korporat dengan kadar segera, iaitu dua hari SEBELUM program tersebut dijadualkan berlangsung.

9. Pejabat Hal Ehwal Korporat akan mengambil tindakan yang sewajarnya kepada mana-mana pihak yang gagal mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

10. Pejabat Hal Ehwal Korporat akan mengenakan serta menguatkuasakan mana-mana peraturan lain yang difikirkan wajar dari semasa ke semasa.

 

 You do not have permission to view this form.