07 – 55 30308 corporate@utm.my
  1. Setiap permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Reka bentuk Grafik yang boleh didapati di Unit Grafik, Pejabat Hal Ehwal Korporat UTM. Permohonan juga boleh didapati melalui laman web https://osca.utm.my/graphic/our-services/
  2. Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan ditandatangani oleh pegawai yang bertanggungjawab sebelum dihantar ke Unit Grafik, Pejabat Hal Ehwal Korporat untuk tujuan kelulusan.
  3. Permohonan mestilah disertakan dengan SOFTCOPY dalam perisian Microsoft Word berserta hardcopy bahan berkenaan. Sekiranya perlu, contoh reka bentuk asal juga boleh dimajukan bersama borang permohonan reka bentuk.
  4. Permohonan juga boleh dibuat dengan menggunakan khidmat telefon, faks dan penghantaran e-mail ke Unit Grafik.
  5. Permohonan reka bentuk web banner hendaklah dihantar ke Unit Grafik, Pejabat Hal Ehwal Korporat sekurang-kurangnya 3 (TIGA) hari sebelum tarikh WEB hendak disiarkan.
  6. Pihak Unit Grafik akan memaklumkan/email kepada pemohon untuk tujuan semakan dan pembetulan.
  7. Pihak pemohon hendaklah mengembalikan semula artwork tersebut ke Unit Grafik untuk tujuan pembetulan/pindaan (jika ada) sebelum final artwork dikeluarkan bagi tujuan paparan.
  8. Sekiranya tiada sebarang pembetulan/pindaan, pihak pemohon dikehendaki mendapatkan kelulusan dari Bahagian Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam berserta cop pengesahan di atas final art work tersebut dan kembalikan ke Unit Grafik untuk tindakanselanjutnya.
  9. Pihak Unit Grafik akan mengeluarkan CDR final art work tersebut berserta salinan hardcopy kepada pemohon untuk urusan selanjutnya atau sekiranya perlu Unit Grafik akan berurusan terus dengan Unit Web CICT untuk tindakan selanjutnya.
  10. Hard copy pengesahan yang telah ditandatangani akan disimpan dalam fail unit grafik bagi tujuan rekod.