07 – 55 30308 corporate@utm.my
Senarai Daftar Reka bentuk Grafik Pelbagai

1. Poster
2. Pelekat Kenderaan
3. Brosur/Risalah
4. Tandanama
5. Kad Nama
6. Borang
7. Bag
8. Pelekat kenderaan
9. Folder
10. Kad Ucapan
11. Sijil
12. Bookmark
13. Letterhead

  1. Setiap permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Reka bentuk Grafik yang boleh didapati di Unit Grafik Pejabat Hal Ehwal Korporat UTM. Permohonan juga boleh didapati melalui https://osca.utm.my/graphic/our-services/
  2. Permohonan mestilah disertakan dengan SOFTCOPY dalam perisian Microsoft Wordberserta hardcopy bahan berkenaan. Sekiranya perlu, contoh reka bentuk asal juga boleh dimajukan bersama borang permohonan reka bentuk.
  3. Permohonan juga boleh dibuat dengan menggunakan faks dan penghantaran e-mail ke Unit Grafik.
  4. Permohonan reka bentuk grafik hendaklah dihantar ke Unit Grafik, Pejabat Hal EhwalKorporat sekurang-kurangnya 2 (DUA) minggu dari tarikh yang diperlukan/tarikh program berlangsung.
  5. Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan ditandatangani oleh pegawai yang bertanggungjawab sebelum dihantar ke Unit Grafik, Pejabat Hal Ehwal Korporat untuk tujuan kelulusan.
  6. Pihak Unit Grafik akan memaklumkan kepada pemohon untuk mengambil artwork (draf 1) untuk tujuan semakan dan pembetulan.
  7. Pihak pemohon hendaklah mengembalikan semula artwork  tersebut ke Unit Grafik untuk tujuan pembetulan/pindaan (jika ada) sebelum final artwork  dikeluarkan bagi tujuan percetakan.
  8. Sekiranya tiada sebarang pembetulan/pindaan, pihak pemohon dikehendaki menandatangani berserta cop pengesahan di atas final art work  tersebut dan dikembalikan ke Unit Grafik untuk tindakan selanjutnya.
  9. Pihak Unit Grafik akan mengeluarkan CDR final art work tersebut berserta salinan hardcopy pengesahan yang telah ditandatangani dan menyerahkan kepada pemohon untuk tindakan selanjutnya.
  10. Unit Grafik hanya terlibat di dalam kerja penghasilan reka bentuk grafik sahaja. Bagi urusan percetakan ianya akan diuruskan oleh Unit Pentadbiran, Pejabat Hal Ehwal Korporat atau diuruskan sendiri oleh jabatan, fakulti dan pelajar masing-masing.