07 – 55 30308 corporate@utm.my
Senarai Daftar Reka bentuk & Perwajahan Atur huruf Buku

1. Buletin Semasa
2. Berita Harian
3. Harian Sinar
4. New Strait Times
5. Utusan Malaysia
6. Majalah

  1. Setiap permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Reka bentuk Grafik yang boleh didapati di Unit Grafik, Pejabat Hal Ehwal Korporat UTM. Permohonan juga boleh didapati melalui laman web https://osca.utm.my/graphic/our-services/
  2. Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan ditandatangani oleh pegawai yang bertanggungjawab sebelum dihantar ke Unit Grafik, Pejabat Hal Ehwal Korporat untuk tujuan kelulusan.
  3. Permohonan mestilah disertakan dengan SOFTCOPY dalam perisian Microsoft Word berserta hardcopy bahan berkenaan. Sekiranya perlu, contoh reka bentuk asal juga boleh dimajukan bersama borang permohonan reka bentuk.
  4. Permohonan juga boleh dibuat dengan menggunakan faks dan penghantaran e-mail keUnit Grafik.
  5. Permohonan reka bentuk grafik iklan hendaklah dihantar ke Unit Grafik, Pejabat Hal Ehwal Korporat sekurang-kurangnya 3 (TIGA) hari sebelum tarikh iklan disiarkan bagi akhbar harian dan 2 (DUA) minggu sebelum tarikh grafik iklan dikeluarkan di majalah terpilih.
  6. Pihak Unit Grafik membuat penghantaran melalui email atau memaklumkan kepada pemohon untuk mengambil artwork (draf 1) untuk tujuan semakan dan pembetulan.
  7. Pihak pemohon hendaklah mengembalikan semula artwork tersebut ke Unit Grafik untuk tujuan pembetulan/pindaan (jika ada) sebelum final artwork dikeluarkan bagi tujuan percetakan.
  8. Sekiranya tiada sebarang pindaan, PEMOHON dikehendaki mendapatkan kelulusan dari Timbalan Pengarah Komunikasi Korporat untuk iklan Bahasa Inggeris dan Timbalan Pendaftar Perhubungan Awam untuk Bahasa Malaysia berserta cop pengesahan Timbalan Pengarah Komunikasi Korporat pada final art work tersebut.
  9. Penghantaran reka bentuk iklan yang telah diluluskan perlulah dibuat sendiri oleh PEMOHON ke Syarikat Akbar yang dilantik. Segala urusan pembayaran juga perlu dilakukan oleh PEMOHON samada dari Pejabat Hal Ehwal Korporat, Fakulti atau Jabatan.