GALERI UTM

Kunjungi Galeri UTM

Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Skudai, Johor Bahru

SEGMEN C

KECEMERLANGAN ALUMNI CITRA PEMBANGUNAN UTM KEPADA DUNIA

Latar belakang perkembangan awal alumni dan statistik keberadaan Alumni UTM di merata negara di dunia.

PETA KAMPUS

Persembahan peta dengan memberi penandaan nama tempat-tempat atau bangunan bersejarah yang ada pada suatu waktu dahulu. Pelawat yang terdiri daripada warga UTM digalakkan / berpeluang untuk meletakkan tanda (fun tag) sekiranya mempunyai pengetahuan berkaitan sejarah lokasi awal di sekitar Kawasan UTM. Objektif persembahan ini adalah bagi menggamit nostalgia yang banyak memberi kenangan.

UTM ENVISION 2025

Pelan strategi Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang dinamakan enVision UTM 2025, merupakan pelan lima tahun yang telah dilancarkan pada 21 Januari 2021 menggantikan Pelan Global UTM (PGU).

MENYEMARAK KECEMERLANGAN MEREALISASI ENVISION 2025

Poster bergambar pembangunan staf UTM dalam pelbagai aktiviti pengurusan dan pentadbiran.

enVision UTM 2025 berpasakkan kepada lima Teras Strategik dan lapan keutamaan Strategik. Objektif Pelan Strategik ini adalah untuk merealisasikan visi UTM dalam menyediakan perkhidmatan pendidikan dan penyelidikan bertaraf dunia.