GALERI UTM

Kunjungi Galeri UTM

Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Skudai, Johor Bahru

SEGMEN B

PEMBANGUNAN MODAL INSAN KE ARAH TADBIR URUS BERKESAN

Poster yang menggambarkan perkembangan modal insan di UTM dari peringkat awal penubuhan sehinggalah ke hari ini.

UTM SANJUNGAN BANGSA

Lensa rakaman kejayaan para pelajar dalam pelbagai disiplin menjadi simbol kecemerlangan UTM dalam melahirkan tenaga pakar dan profesional serta ilmuan negara.

UTM PRIHATIN @ ENDOWMEN

Senarai 50 penyumbang berimpak yang diabadikan dalam bentuk poster yang secara tidak langsung sebagai tanda penghargaan dan terima kasih UTM kepada para penyumbang Tabung Endowmen UTM.

MENJAYAKAN GAGASAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN

Beberapa produk hasil penyelidikan berimpak tinggi yang telah mengangkat nama UTM dalam bidang penyelidikan negara.

KERATAN AKHBAR

Kumpulan berita-berita pencapaian UTM di peringkat dalam dan luar negara yang mendapat liputan daripada pelbagai media rasmi negara divisualkan dalam bentuk replika.

GAMBAR UTM KINI

Pameran gambar-gambar pilihan terbaik pembangunan kampus UTM mengikut fasa.

CAKNA PELAJAR B40, UTM PRIHATIN

Lebih RM128 juta dana sumbangan telah berjaya dikumpulkan melalui Tabung Endowmen UTM dan sebahagian besar daripada dana tersebut telah digunakan untuk membantu pelajar UTM dalam pelbagai bentuk.

MEMBUGARKAN KECEMERLANGAN MELALUI PENAJAAN BIASISWA

Fokus universiti dalam memberi keutamaan dalam membuka lebih banyak peluang dalam pemberian biasiswa kepada pelajar demi memperkasakan pendidikan.

PENYELIDIKAN UTM: MEMACU EVOLUSI BAGI PEMBANGUNAN MAMPAN

Kecemerlangan UTM dalam bidang penyelidikan yang berteraskan sains dan teknologi berkembang pesat sepanjang 50 tahun yang lalu. Pelbagai pengiktirafan dan penarafan di peringkat nasional dan global menjadi pemacu kecemerlangan projek R&D, malah berjaya meningkatkan bilangan produk yang dikomersilkan secara berterusan.

GAMBAR UTM FASA AWAL

Pameran gambar-gambar UTM di peringkat awal penubuhannya.

PERANAN AKADEMIA MEMANGKIN KESEJAHTERAAN SEJAGAT

Beberapa projek UTM bersama komuniti dipaparkan pada bahagian akhir segmen B sebagai mengakhiri penceritaan kejayaan dan kecemerlangan UTM dalam membangun kehidupan.