GALERI UTM

Kunjungi Galeri UTM

Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Skudai, Johor Bahru

SEGMEN A

LOH HIJRAH

Struktur klasik yang dinamakan ‘Loh Hijrah’ merupakan ilham daripada Allahyarham Tan Sri Dato’ Ainuddin Abdul Wahid yang membawa sama erti, penghargaan dan nilai perpindahan kakitangan dari UTM Kuala Lumpur ke UTM Johor. Lebih besar daripada itu, ma’nanya mendekati kefahaman terhadap asbab penghijrahan Rasulullah SAW.

POSTER TAPAK ASAL KAMPUS

Poster yang menggambarkan ladang getah linden, iaitu tapak awal kampus UTM Johor Bahru yang terletak di kawasan Skudai.

KRONOLOGI MASA

Menelusuri sejarah bagaimana UTM bermula daripada Trecher School menjadi Maktab Teknik, seterusnya dinaik taraf sebagai institusi Teknologi Kebangsaan, dan akhirnya ditukar nama kepada Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 1972.

DOKUMENTARI SEJARAH UTM

Dokumen pengkisahan sejarah bagaimana UTM bermula. Diadaptasi dengan gambar-gambar lama dalam mengenang perjuangan para pemimpin pendidikan ulung UTM, dikisahkan oleh YBhg. Dato’ Naib Canselor.

VIDEO SEJARAH / BIOGRAFI ALLAHYARHAM TAN SRI DATO’ AINUDDIN ABDUL WAHID

Video sejarah permulaan kerjaya Tan Sri Dato’ Ainuddin Abdul Wahid sebagai pengarah Jabatan Kerja Raya yang akhirnya terlibat dalam menjadi perintis dalam membangunkan Maktab Teknik Kuala Lumpur dan seterusnya membawa kepada tertubuhnya Institut Teknologi Kebangsaan (ITK) sehingga dinaik taraf kepada Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 1972.