07 – 55 30308 corporate@utm.my

Penjenamaan Semula UTM International Campus

1.0             TUJUAN

 1.1              Kertas kerja ini bertujuan untuk memaklumkan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti mengenai penjenamaan semula nama “UTM International Campus” kepada “UTM Kuala Lumpur”.

 

2.0             LATAR BELAKANG

2.1              UTM International Campus di Kuala Lumpur adalah sebuah kampus cawangan Universiti Teknologi Malaysia di bawah struktur korporat yang sama dengan kampus induk di Johor bahru.

2.2              Nama UTM International Campus sebelum ini adalah dikenali sebagai UTM City Campus.  Namanya telah dijenamakan semula sebagai International Campus kerana peranan dan lokasinya yang strategik untuk menjalankan aktiviti-aktiviti pengantarabangsaan dan penumpuan kepada entiti mahasiswa antarabangsa yang mengikuti pengajian pasca siswazah di Kuala Lumpur.

 

3.0            RASIONAL

3.1              Jenama global dalam konteks inisiatif pengantarabangsaan menerusi kerjasama strategik, entiti mahasiswa antarabangsa dan lain-lain seharusnya dilihat dari sudut perspektif UTM secara keseluruhannya samada di kampus Kuala Lumpur mahupun di Johor Bahru. Pembinaan reputasi bercitra global kedua-dua kampus ini dapat membina keyakinan dan jaringan kerja yang lebih mantap dan kukuh. Kepentingan penjenamaan yang melibatkan usaha menaikkan nama utama sebagai jenama besar dalam akademia di persada antarabangsa harus dilihat sebagai satu matmalat yang jitu.

 

4.0             STRATEGIK OBJEKTIF

4.1       Kertas cadangan ini merupakan salah satu inisiatif Universiti untuk mencapai Key Performance Indicator bagi Perspektif Stakeholder – S5: Reputable International Standing.

 

5.0             OBJEKTIF

5.1              Penjenamaan semula ini ialah untuk mencapai keseragaman penggunaan nama bandaraya sebagai lokasi untuk kedua-dua kampus iaitu “UTM JOHOR BAHRU dan “UTM KUALA LUMPUR. Keseragaman atau konsistensi akan dapat meningkatkan reputasi dan kredibiliti universiti.