07 – 55 30308 corporate@utm.my

Corporate Attire

DOWNLOAD THIS PAGE

PANDUAN PAKAIAN KORPORAT

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

 

1.0       PENDAHULUAN

1.1       Panduan pakaian korporat ini diwujudkan kerana cara berpakaian seseorang staf akan mencerminkan imej sesebuah organisasi. Selaras dengan perletakan logo dan rupa taip baru Universiti, pakaian korporat universiti telah direkabentuk dan perlu digunakan staf yang berkelayakan sebagai menyumbang dalam salah satu aktiviti penjenamaan Universiti. Dengan itu, imej korporat Universiti juga dapat ditonjolkan dengan pemakaian baju korporat semasa bekerja dan semasa menghadiri upacara-upacara rasmi Universiti.

 

2.0       TUJUAN

2.1       Panduan ini bertujuan:-

2.1.1    Memberikan garis panduan mengenai pakaian korporat universiti yang diperuntukkan kepada staf berkelayakan.

2.1.2    Sebagai panduan dan rujukan penggunaan pakaian korporat universiti kepada Fakulti/Jabatan.

2.1.3    Menyelaras rekabentuk, warna dan pemakaian pakaian korporat di UTM.

3.0       DEFINISI

3.1       Pakaian korporat UTM adalah pakaian rasmi yang direka khas dengan perletakan logo UTM yang dipakai pada hari-hari tertentu dan untuk menghadiri program khas universiti yang diputuskan memakai pakaian tersebut.

 

4.0       MATLAMAT

4.1       Sebagai penggunaan imej korporat UTM yang melambangkan penjenamaan universiti.

4.2       Memenuhi hasrat universiti dalam penggunaan imej korporat sebagai lambang kemegahan dan keunggulan universiti.

4.3       Keseragaman pemakaian dalam upacara rasmi Universiti.

 

5.0       KELAYAKAN

5.1       Staf yang layak menerima peruntukan pakaian korporat adalah staf yang berjawatan tetap, sementara atau kontrak dan peruntukan pakaian korporat hanya sekali.

 

6.0       REKABENTUK DAN WARNA

6.1       Rekabentuk dan warna pakaian korporat adalah seperti yang ditetapkan oleh universiti.

6.2       Rekabentuk dan warna pakaian korporat hendaklah tidak menyalahi rekabentuk dan warna yang telah ditetapkan bagi jawatan-jawatan tertentu seperti doktor, jururawat dan lain-lain.

6.3       Rekabentuk dan spesifikasi pakaian korporat perlu dirujuk kepada Pejabat Hal Ehwal Korporat.

6.4       Sebarang pindaan kepada rekabentuk dan warna perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Pakaian Korporat Universiti. Jawatankuasa boleh mempertimbangkan pindaan rekabentuk atau warna pakaian korporat mengikut kesesuaian dan dikemukakan untuk kelulusan universiti.

6.5       Permohonan melalui kertas kerja untuk perubahan rekabentuk atau warna hendaklah dibawa dalam mesyuarat Jawatankuasa Pakaian Korporat  yang meliputi perkara-perkara berikut :-

6.5.1    Tujuan

6.5.2    Justifikasi

6.5.3    Lakaran rekabentuk serta penerangan

6.5.4    Contoh kain

 

7.0       PERUNTUKAN

7.1       Pembuatan pakaian korporat adalah menggunakan peruntukan kewangan Jabatan/Fakulti masing-masing.  Perolehan hendaklah dibuat mengikut peraturan dan prosedur perolehan universiti yang berkuatkuasa.

7.2       Kos pembuatan pakaian korporat adalah tidak melebihi RM150.00 sehelai.

 

8.0       KAWALAN REKOD

8.1       Semua pembelian baju korporat hendaklah direkodkan oleh Ketua Jabatan masing-masing.

 

9.0       PEMBEKALAN

9.1       Pembekalan pakaian korporat adalah sehelai baju korporat dan hanya sekali.

9.2       Pembekalan pakaian korporat kepada staf adalah tertakluk kepada peruntukan kewangan dan kelulusan Jabatan/Fakulti.

9.3       Pihak Universiti tidak akan membayar tempahan yang dibuat sendiri oleh staf tanpa kelulusan Jabatan/Fakulti.

9.4       Jika sekiranya berlaku kerosakan, hilang atau staf membaiki sendiri kerosakan selepas dibekalkan, tuntutan atau gantian tidak boleh dibuat kepada universiti.

 

10.0     PEMAKAIAN

 

10.1     Staf yang telah dibekalkan dengan pakaian korporat hendaklah menggunakan pakaian tersebut bagi  program berikut:-

10.1.1  Perjumpaan Bulanan Bersama Naib Canselor

10.1.2  Menghadiri Program Universiti yang diputuskan memakai pakaian korporat.

10.2     Universiti berhak untuk menentukan hari dan masa pemakaian pakaian korporat mengikut keperluan.

10.3     Pakaian Lelaki

10.3.1  Baju korporat hendaklah dipakai dengan seluar panjang berwarna hitam.

10.4     Pakaian Wanita

 10.4.1  Baju korporat hendaklah dipakai dengan;

 i.          Skirt labuh berbentuk ”A” (A-line skirt) paras tumit berwarna hitam dan;

ii.         Tudung berwarna merah tua (maroon).

 

11.0     JAWATANKUASA PAKAIAN KORPORAT

 

11.1     Jawatankuasa Pakaian Korporat UTM terdiri daripada:-

Pengerusi : Pengarah Hal Ehwal Korporat

Ahli :         Timbalan Pengarah,   Komunikasi Korporat & Penjenamaan

 Timbalan Pendaftar, Perhubungan Awam & Komunikasi Korporat

 Wakil Pejabat Pendaftar

 Wakil Pejabat Bendahari

 Wakil Pejabat Hal Ehwal Pelajar

 Wakil Unit Grafik

 Dr. Noraini bt Mohd. Nor, Fakulti Pendidikan

Urusetia :  Bahagian Komunikasi Korporat dan Penjenamaan

 

11.2     Jawatankuasa ini bertanggungjawab:-

11.2.1  Menentukan panduan pemakaian pakaian korporat UTM.

11.2.2  Menyemak, menilai dan memperaku sebarang perubahan garis panduan pemakaian pakaian korporat UTM untuk kelulusan universiti.

11.2.3  Pemantauan perlaksanaan pemakaian pakaian korporat UTM.

 

– SHIRT FOR MEN

The shirt is worn with black trousers.

– COLOUR OF THE SHIRT
Pure white maroon piping at the sleeves, front and the back yoke.

– TYPE OF FABRIC
Medium weight cotton mixture (cotton and polyester) gabardine.

 

 

 

 

 

– SHIRT-BLOUSE FOR WOMEN
The shirt- blouse should be woman with a black A-line skirt (ankle length) and maroon scarf (if wearing head scarf).

– COLOR OF THE SHIRT
Pure white with maroon piping at the sleeves, front, and back yoke.

– TYPE FOR FABRIC
Medium weight cotton mixture (cotton and polyester) gabardine.