07 – 55 30308 corporate@utm.my

PANDUAN IKLAN DI MEDIUM PERCETAKAN

 

1.            Pengenalan

Panduan iklan di medium percetakan disediakan untuk membantu Pejabat Hal Ehwal Korporat dan/atau jabatan/unit yang berkaitan menyediakan bahan iklan mengikut peruntukan-peruntukan dan peraturan-peraturan berkaitan dengan bahan pencetakan promosi dan hebahan universiti.

 

2.            Objektif

Objektif panduan iklan di medium percetakan disediakan adalah:

2.1          Ia salah satu initiatif brand positioning dan product personality penjenamaan UTM

2.2          Pematuhan kepada amalan terbaik (best practice) dari aspek promosi dan keterampilan universiti untuk menjadi model terbaik kepada mahasiswa khasnya dan komuniti secara keseluruhannya

2.3          Memastikan iklan dibuat menepati keperluan, syarat dan kod etika Bahan Pencetakan Promosi dan Hebahan UTM yang ditetapkan

2.4          Memberi kesedaran dan tanggungjawab tentang kepentingan penyampaian maklumat yang jelas, tepat dan benar berhubung UTM kepada orang awam

2.5          Memastikan keseragaman bahan pencetakan promosi dan hebahan UTM dari segi rupa dan gaya (look and feel)

2.6          Menghasilkan bahan pencetakan promosi dan hebahan UTM yang memenuhi tatacara penerbitan dan persembahan UTM yang tersendiri

3.            Bidang Kuasa

 3.1          Pengarah Hal Ehwal Korporat/Timbalan Pengarah Komunikasi Korporat dan Penjenamaan boleh dari semasa ke semasa mengubah, membatal, menukar atau menambah apa-apa syarat yang terkandung di dalam panduan ini untuk kepentingan UTM sekiranya perlu.

3.3          Jika terdapat apa-apa keraguan (ambiguity) yang boleh menimbulkan kekeliruan di dalam Panduan Iklan di Medium Percetakan ini, penjelasan dan keputusan Pengarah Hal Ehwal Korporat/Timbalan Pengarah Komunikasi Korporat dan Penjenamaan adalah muktamad.

3.4          Pengarah Hal Ehwal Korporat/Timbalan Pengarah Komunikasi Korporat dan Penjenamaan adalah pegawai yang dilantik untuk mengesahkan iklan universiti sebelum ianya dicetak atau diterbitkan.

3.5          Pengarah Hal Ehwal Korporat/Timbalan Pengarah Komunikasi Korporat dan Penjenamaan berhak mengarahkan jabatan/unit yang membuat iklan menghentikan pencetakan tersebut sekiranya panduan dan spesifikasi yang dtentukan tidak dipatuhi atau terdapat pernyataan yang palsu dan mengelirukan, atau sebab-sebab lain yang munasabah.

3.6          Pengarah Hal Ehwal Korporat/Timbalan Pengarah Komunikasi Korporat dan Penjenamaan berhak mengarahkan jabatan/unit yang membuat iklan untuk mengubah, menambah, menukar, membatal atau selainnya meminda bahan pencetakan tersebut yang telah dicetak, terbit, siar atau diedarkan.

4.0          Sebelum menyediakan sesebuah iklan, perkara berikut perlu dipertimbangkan supaya mesej yang disampaikan menepati sasaran pembaca (target audience) yang telah dikenalpasti seterusnya memberi jaminan pulangan yang diharapkan (ROI) :-

4.1               Objektif dan hala tuju universiti untuk meningkatkan daya saing sebagai sebuah destinasi pilihan utama pelajar cemerlang dan pelajar antarabangsa, menarik staf kompeten, jaringan dan hubungan industri dan antarabangsa untuk mencapai sasaran universiti unggul

4.2               Objektif dan hala tuju penjenamaan universiti untuk memartabat UTM berjenama Global

4.3               Fokus – tumpuan kepada mesej utama

4.4               Libatkan khalayak (engaging the audience) dengan mencipta dialog dan bukan monolog

4.5               Compelling insight – kejayaan/pengiktirafan dan peluang di UTM yang dapat memberikan faedah bersama dan akan dinikmati oleh para pelajar dan staf

4.6               Serlahkan jenama dan jelaskan identiti korporat UTM dan maklumat untuk dihubungi

5.0               Ciri-ciri persembahan pengisisan yang berkesan :-

5.1               Keterbacaan – Boleh dibaca dengan hanya sekali pandang atau mudah dibaca secara tidak sengaja. Hal ini bergantung pada penggunaan ayat dan ilustrasi yang ringkas dan menarik

5.2               Fokus – Tumpuan kepada mesej utama

5.3               Libatkan khalayak dengan mencipta dialog dan bukan monolog

5.4               Susunan reka letak mengikut tulisan abjad “Z” (kiri atas ke kanan bawah) dan susunan ilustrasi dan huruf yang sesuai akan menambah daya tarikan kepada khalayak

5.5               Penggunaan persembahan ilustrasi dengan latar belakang yang kompleks dan rumit mestilah dielakkan kerana penggunaan imej yang dominan adalah lebih jelas dan memberi kesan. Perbezaan warna latar belakang dan ilustrasi yang hendak ditonjolkan perlulah jelas dan ketara

5.6               Serlahkan jenama dan jelaskan identiti korporat UTM dan maklumat untuk dihubungi

5.7               Iklan mestilah mematuhi standard grafik yang telah ditetapkan terutama dalam penggunaan dan perletakkan logo UTM. Identiti atau logo UTM perlu jelas dan diberi keutamaan dengan dibezakan saiznya atau perletakkannya di tempat utama dalam iklan berbanding dengan logo-logo penganjur, penaja atau rakan usaha sama yang berkaitan. Perincian mengenainya boleh diperolehi di laman web http://www.utm.my/corporatecommunication/corporateidentity/

5.8               Muka taip dan saiz huruf yang digunakan mestilah sesuai dengan mesej yang ingin disampaikan. Tidak digalakkan menggunakan lebih daripada 2/3 jenis fon tetapi saiz font boleh dibezakan mengikut kepentingan maklumat yang hendak disampaikan

5.9               Pastikan reka letak iaitu susunan persembahan ilustrasi dan penggunaan huruf dan ruang adalah bersesuaian. Elakkan dari menggunakan ruang yang terlalu rapat antara huruf kerana mesej akan sukar dibaca kerana ianya akan kelihatan seperti bercantum (merge) dan semak/bersepah (clutter)

5.10            Saiz iklan mestilah sesuai dengan jarak penglihatan; dan

5.11            Lokasi iklan yang strategik.