07 – 55 30308 corporate@utm.my

Anugerah Citra Karisma 2020

Anugerah Webometrics

Anugerah Penjenamaan

ANUGERAH WEBOMETRICS 2020

LATAR BELAKANG

Penarafan Webometrics merupakan antara fokus utama UTM dalam memastikan imej unggul universiti ini pada kaca mata dunia khususnya melalui kecemerlangan laman web universiti.  Pelbagai usaha dan strategi dijalankan untuk meningkatkan kedudukan UTM dalam penarafan tersebut. 

Anugerah Webometrics diwujudkan bagi memberi penghargaan kepada Fakulti/Sekolah/PTJ dan individu yang sentiasa memastikan laman web diberikan perhatian khusus serta menepati kualiti teknikal yang sejajar dengan kriteria khusus webometrics yang dikeluarkan oleh penarafan Webometrics di seluruh dunia.  

Anugerah Webometrics mengiktiraf laman-laman web Fakulti/Sekolah/PTJ dan individu yang secara langsung membantu kedudukan UTM dalam penarafan webometrics dunia setiap tahun dengan pelbagai usaha dan komitmen yang berterusan.

KATEGORI

Anugerah Webometric dibahagikan kepada 3 (tiga) kategori iaitu :

  1. PTJ Akademik (Fakulti/Sekolah);
  2. PTJ Bukan Akademik (PTJ Perkhidmatan); dan 
  3. Individu 

HADIAH

  1. Kategori PTJ Akdemik : RM3,000.00 (Ringgit Malaysia : Tiga Ribu Sahaja)
  2. Kategori PTJ Bukan Akademik : RM3,000.00 (Ringgit Malaysia : Tiga Ribu Sahaja)
  3. Kategori Individu : RM500.00 (Ringgit Malaysia : Lima Ratus Sahaja) kepada seorang penerima sahaja.
  4. Sijil penyertaan akan diberikan kepada semua peserta.

KRITERIA ANUGERAH WEBOMETRICS KATEGORI AKADEMIK (FAKULTI/SEKOLAH) DAN BUKAN AKADEMIK (PTJ PERKHIDMATAN) 

Bagi laman web Fakulti dan Sekolah, pencalonan adalah secara automatik manakala bagi kategori laman PTJ lain dan web individu, pencalonan adalah melalui pendaftaran yang dibuat oleh calon dengan mengisi borang online dan hebahan telah dibuat sebagai makluman kepada semua warga staf.

Penilaian dan pemberian markah dilaksanakan menggunakan kaedah pengiraan webometrics dan juga web traffic iaitu menggunakan enjin carian Google bagi mendapatkan bacaan saiz laman web yang diindeks oleh enjin carian, kadar web presence (10%). Seterusnya, kiraan bilangan purata pengunjung laman web (35% markah). 

Pemberat tertinggi penilaian adalah berdasarkan bacaan web visibility iaitu pengiraan jumlah pautan yang dapat dikumpulkan melalui carian pautan (backlinks) Ahref berdasarkan domain setiap laman web luar yang dipautkan ke laman web yang dinilai (55% markah).

SYARAT PENYERTAAN

A. KATEGORI PTJ AKADEMIK DAN BUKAN AKADEMIK
  • Semua laman web hendaklah berdaftar di bawah domain utm.my
  • Hendaklah sekurang-kurangnya mempunyai minimum 500 halaman.
  • Mematuhi garis panduan dan polisi yang dinyatakan di https://corporateaffairs.utm.my/webteam/policy/
  • Pemenang dari tempoh 2 tahun terkini tidak dibenarkan untuk turut serta
B. KATEGORI INDIVIDU
  • Semua laman web hendaklah berdaftar di bawah domain utm.my
  • Laman web peribadi sahaja (bukan laman web
    persatuan/kumpulan/aplikasi)
  • Hendaklah sekurang-kurangnya mempunyai minimum 50 halaman.
  • Mematuhi garis panduan dan polisi yang dinyatakan di http://corporateaffairs.utm.my/webteam/policy/
  • Pemenang dari tempoh 2 tahun terkini tidak dibenarkan untuk turut serta

BORANG PENYERTAAN

Kategori
Full name
Personal Web address to be registered
emel @utm.my sahaja