07 – 55 30308 corporate@utm.my

Tagline :

Versi Bahasa Melayu

Versi Bahasa Inggeris

 

Penjelasan dan keterangan tagline baru :

Inovatif iaitu pendekatan strategik dalam berhadapan dengan transformasi yang lebih dinamik untuk kekal relevan dan berdaya saing dalam persekitaran global yang semakin mencabar.

Entrepreneurial iaitu minda keusahawanan dan penglibatan strategik yang unik, luar biasa dan bermakna ke arah akademia baru yang mampu mencipta nilai dan berimpak tinggi.

Global di mana keperluan kepada perspektif global perlu di dalam membina persepakatan dan hubungan UTM dengan rakan antarabangsa secara strategik untuk manfaat bersama ke arah pencapaian yang boleh meningkatkan imej UTM di peringkat global.

 

Spesifikasi Tagline :

  1. Jenis font yang digunakan adalah Calibri Roman.
  2. Semua perkataan yang digunakan adalah terdiri daripada huruf kecil.
  3. Saiz font adalah mengikut kesesuaian reka bentuk.
  4. Saiz simbol titik/noktah di antara perkataan adalah 3 point lebih daripada saiz font yang digunakan.
  5. Perletakkan simbol titik/noktah adalah sama paras dengan jatuh perkataan.
  6. Kedudukan simbol titik/noktah mestilah berada di tengah-tengah antara dua perkataan dan di selangi dengan satu ruang/jarak (space bar).
  7. Untuk urusan surat menyurat seperti surat rasmi (pada kepala surat), emel, memo dan sebagainya, warna font adalah hitam.

Kaedah penggunaan tagline dan cogan kata :

Penggunaan tagline pada penutupan surat rasmi sebelum penanda akuan dan tandangan pengirim adalah tidak dibernarkan kerana tagline universiti ini akan tercetak pada bahagian bawah kepala surat (letterhead) yang baru.

Penggunaan cogan kata “Berkhidmat untuk Negara” untuk urusan serat menyurat kepada pihak luar UTM dan “Berkhidmat untuk Negara kerana Allah” pada penutupan surat rasmi untuk urusan surat menyurat dalaman perlu dikekalkan seperti berikut :-

Surat menyurat kepada pihak luar

“Berkhidmat untuk Negara” (Cogan kata)

 

Yang benar, (Penanda Akuan)
(Tandatangan Pengirim)
…………………………………..
(Nama Pengirim)

 

Surat menyurat untuk kegunaan dalaman

“Berkhidmat untuk Negara kerana Allah” (Cogan kata)

 

Yang benar, (Penanda Akuan)
(Tandatangan Pengirim)
…………………………………..
(Nama Pengirim)